


|
TheOwner! ![]() come on come on
Show You Off Aku Dia dan Buku!! ![]()
|
CINTA YANG TERPENDAM
Orang cakap kalau kita sukakan seseorang itu, pendamkan lagi baik kerana andaikata meninggal dikira mati itu adalah mati syahid....
tapi sanggupkah aku untuk melakukannya?
truly to say, aku ada la minat sorang ni tapi memang seriously aku pendam lagi sampai sekarang
pernah je aku cuba nak lupakan dia tapi lama-lama dia tetap muncul dalam ingatan
Astaghfirullahalazim....apa yang aku buat ni?
Tapi tu la,mungkin diri ini masih memerlukan tarbiyah yang lagi banyak
mungkin diri ini masih tidak cukup ikhlas untuk melupakn dirinya
mungkin diri ini masih mengharapkan untuk dia melihat aku
mungkin diri ini kurang lagi ilmunya
mungkin juga diri ini sangat suka berangan??? -__-
apa-apa pun sememangnya diri ini sangat sukar untuk lupakan dirinya..
sampai satu hari aku berdoa
"Ya Allah, seandainya dirinya untukku panjangkanlah hubungan kami tetapi seandainya dirinya bukan untuk diri ini Kau berilah aku petunjuk untuk menuju ke jalanMu yang benar"
Dan suatu hari itu, diri ini terlihat status facebook dia..
Ya betul, mungkin status facebook orang boleh bohong, mungkin orang boleh reka tapi diri ini amat yakin status dia itu betul..
Status dia "Engaged"
Dalam hati "Oh..ni mungkin petunjuk supaya aku perlu lupakan dirinya"
Tapi jauh di sudut hati sangat sukar untuk berbuat demikian...sampailah saat ini diri ini kadang-kadang masih jugak cuai..
diri ini tak begitu sempurna untuk sesiapa pun..
diri ini hanya selayaknya untuk Allah
Jodoh Pertemuan semuanya di tangan Allah
Kita hanya mampu merancang tetapi hanya Allah yang berhak menentukannya
Sesungguhnya rancangan Allah itu jauh lebih baik daripada rancangan kita
Permata yang dicari itu pasti akan ku temui juga suatu saat nanti...InsyaAllah :)
**Annyeong...sayonara...Assalamualaikum..**
![]() |