Purple Webbies !

""


TheOwner!

Navigation : Hover the image



Entries About

Assalamualaikum.Annyeonghaseyo. Welcome to my wonderland. My name is Safwanah Salleh.


come on come on

^_^ Love people who love me ^_^


Show You Off



Aku Dia dan Buku!!









Assalamualaikum semua...
13 May 1992, lahirnya aku ke dunia ini..
dan hari ni...13 May 2014 genap 22 tahun hidup di dunia ini..
terima kasih diucapkan kepada sesape yang sudi wish..
post video kat facebook...
semua comel comel...







Tapi terbangunnya aku dari tidur pagi tadi, tetibe teringat
Semakin bertambah usiamu, semakin dekat kamu dengan kematian

Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk teruskan hidup ini..
Dan tetibe jugak teringat satu cerita indon yang baru tengok dua hari lepas..
Masih segar dalam ingatanku..

Tajuknya Sang Kiai...
Kisah di mana Indonesia dijajah oleh kuasa Jepun dan Belanda...
Di celah itu terselit kisah sang kiai, pergolakan dan berakhir dengan kematian..
Sampai menitis air mata den nengok citer tu...
Terlihat betapa kuatnya iman muslim-muslim itu menyerang dan berpegang teguh dengan ajaran Islam

Sedangkan kita di Malaysia....
Kurang semangat jihad tersebut....
Dan lagu yang menyentuh hati,mengusik kalbu dalam citer tu ialah dari kumpulan Ungu-Bila Tiba


antara bait-bait lagu tersebut
"Mati tak bisa untuk kau hindari, tak mungkin bisa engkau lari, Ajalmu pasti menghampiri
Mati tinggal menunggu saat nanti, ke mana biasa kita lari, kitakan bisa mengalami"

Indahnya insan-insan yang mati dalam syahid memperjuangkan agama Allah...



MUHASABAH DIRI SEMULA....





*************************
Setelah mendapat petunjuk daripada istikharah tersebut, si gadis telah pun membuat keputusan dan ingin bagitau si ibu...

Malam tu, si gadis menelefon si ibu dan macam biase bertanya khabar..
Then, si gadis bertanyakan tentang lamaran itu..
Si ibu cuba lagi memujuk si gadis dan akhirnya si gadis terfikir,
"Tentu ada hikmah ni kalau aku terima"

ok...amik nafas...
satu......dua......tiga.....

Si gadis : Mak, ikut mak je la ea...
Si ibu : Ikut mak?ckp betul-betul la..
Si gadis : ye,betul...terima je la.. :)
Si ibu : Ok...terima ye..

Fuhh.....!!
Satu keputusan berat..

Si gadis cuma dengar suara gembira si ibu di hujung talian mengatakan nanti si ibu akan berjumpa 'bakal besan' untuk bagitau keputusan ni..

Dalam hati si gadis "Mak bahagia, insyaAllah aku pun bahagia"
Talian dimatikan setelah berbual panjang dengan si ibu

Si gadis merenung sendirian memikirkan apakah betul tindakannya menerima lamaran itu..
Terkadang terfikir dirinya patut menolak ke lamaran itu..
Tapi semua tu tak boleh buat ape sebab si gadis dah buat keputusan..
Then, si gadis berazam untuk stick to the choice she has made.. :)

************

Kehidupan si gadis berjalan macam biasa..rutin harian sebagai seorang pelajar berjalan seperti biasa
Sehinggalah suatu malam, macam biasa si gadis sentiasa online facebook
Tetibe....
*pop*
Bunyi chat masuk kat facebook si gadis..
Terpaku...terdiam bila si gadis melihat sebaris nama tu..
Sebaris nama lelaki yang sudah biasa didengari..
Ya, sebaris nama itu..
Nama sang jejaka yang bakal menjadi seseorang yang penting dalam hidupnya suatu hari nanti..

"Assalamualaikum"

Sebaris ayat itu cukup membuatkan si gadis terdiam, kaku seketika sehingga tak mampu bergerak walau sedikit pun..
Mata si gadis terkebil-kebil melihat mesej yang diterima..
Hanya mampu seen, but cannot reply...

Dalam hati si gadis, "Ape nak buat ni?kena balas ke?"

Fikir..fikir...fikir....
Akhirnya.....


ehemm...ehemmm... baiki tone suara...
inhale.....exhale......
ok...satu....
dua....
tiga....



Butang 'LOGOUT' ditekan...
Okeh...


To be continued......


Assalamualaikum sahabat semua...
dah lama rasanya tak update blog ni..
tetibe hari ni terasa nak update...

nak cerita satu kisah seorang wanita dan seorang jejaka..
dua insan ini tidak pernah bertemu..tidak pernah bercakap..tak pernah kenal satu sama lain
namun bakal disatukan sebagai sepasang suami isteri..

Si gadis masih belajar, sang jejaka belajar sambil bekerja...
sepanjang 20 tahun si gadis tu hidup tak pernah ambik tau pasal si jejaka..
Namun, kisah suatu hari itu memulakan segalanya..

Di suatu petang yang hening, si gadis mendapat panggilan daripada ibunya 
bertanya "Sudah berpunya ke?"..
Si gadis hanya ketawa sebab si ibu bertanya secara tiba-tiba dan dirasakan itu adalah perkara kelakar
Namun bila kedengaran si ibu serius, si gadis bertanyakan "Kenapa?"
Dan bermula penceritaan....

Si ibu mengatakan si ibu sang jejaka berkenankan si gadis..
suasana itu..suasana itu..
*SENYAP*
terdiam si gadis..
terkejut, tapi terus di respon kepada si ibu..
"Tak nak...kan ada kakak lagi.."
dalam hati si gadis, Kenapa aku?tak nak tak nak...
Namun, si ibu memujuk untuk menerimanya...
Hati si gadis sangat berat untuk menerima risikan itu..
Si gadis tidak setuju..
Si ibu memujuk lagi..dan si gadis mengatakan kepada si ibu
"Nanti bagitau balik"

dua tiga hari selepas itu, si gadis cuba untuk beristikharah..
malam tu setelah si gadis buat istikharah..
dalam mimpi, si gadis terlihat suasana di mana kakak sang jejaka membawanya ke si ibu jejaka..
si gadis dilihat bersalam dengan si ibu..
dan selepas itu si gadis terjaga..

Dalam hati tertanya-tanya..apakah maksud itu?
dan setelah lebih kurang seminggu lebih..si gadis bersedia untuk memberitahu keputusannya kepada si ibu tercinta..


Apakah keputusannya??
Tunggu Kesinambungannya.........~~





Assalamualaikum...
Semasa sedang leka melihat facebook tetiba adik datang bagitau satu cerita korea baru (tajuk seperti di atas)
Mula-mula just nak tengok episod satu tapi tetibe dah meleret sampai episod 5..
Tapi bukan tu pointnyer..

Pasal cerita tu, aku nak cakap pasal lagu dia...
OST la orang selalu cakap
Tajuk ost tu After Time Passes
Nyanyian Jun Hyung BEAST ft BToB

Okay dah tangkap cintan kat lagu nie..
Tak habis-habis ulang..


ni lagu citer tu....
tapi aku ade jugak dengar lagu lain..
Antara lagu yang diminati sekarang ialah..


^_^ Best best ^_^