Purple Webbies !

""


TheOwner!

Navigation : Hover the image



Entries About

Assalamualaikum.Annyeonghaseyo. Welcome to my wonderland. My name is Safwanah Salleh.


come on come on

^_^ Love people who love me ^_^


Show You Off



Aku Dia dan Buku!!







Assalamualaikum sahabat semua...
dah lama rasanya tak update blog ni..
tetibe hari ni terasa nak update...

nak cerita satu kisah seorang wanita dan seorang jejaka..
dua insan ini tidak pernah bertemu..tidak pernah bercakap..tak pernah kenal satu sama lain
namun bakal disatukan sebagai sepasang suami isteri..

Si gadis masih belajar, sang jejaka belajar sambil bekerja...
sepanjang 20 tahun si gadis tu hidup tak pernah ambik tau pasal si jejaka..
Namun, kisah suatu hari itu memulakan segalanya..

Di suatu petang yang hening, si gadis mendapat panggilan daripada ibunya 
bertanya "Sudah berpunya ke?"..
Si gadis hanya ketawa sebab si ibu bertanya secara tiba-tiba dan dirasakan itu adalah perkara kelakar
Namun bila kedengaran si ibu serius, si gadis bertanyakan "Kenapa?"
Dan bermula penceritaan....

Si ibu mengatakan si ibu sang jejaka berkenankan si gadis..
suasana itu..suasana itu..
*SENYAP*
terdiam si gadis..
terkejut, tapi terus di respon kepada si ibu..
"Tak nak...kan ada kakak lagi.."
dalam hati si gadis, Kenapa aku?tak nak tak nak...
Namun, si ibu memujuk untuk menerimanya...
Hati si gadis sangat berat untuk menerima risikan itu..
Si gadis tidak setuju..
Si ibu memujuk lagi..dan si gadis mengatakan kepada si ibu
"Nanti bagitau balik"

dua tiga hari selepas itu, si gadis cuba untuk beristikharah..
malam tu setelah si gadis buat istikharah..
dalam mimpi, si gadis terlihat suasana di mana kakak sang jejaka membawanya ke si ibu jejaka..
si gadis dilihat bersalam dengan si ibu..
dan selepas itu si gadis terjaga..

Dalam hati tertanya-tanya..apakah maksud itu?
dan setelah lebih kurang seminggu lebih..si gadis bersedia untuk memberitahu keputusannya kepada si ibu tercinta..


Apakah keputusannya??
Tunggu Kesinambungannya.........~~