


|
TheOwner! ![]() come on come on
Show You Off Aku Dia dan Buku!! ![]()
| Dulu, Bila disebut lelaki Wanitanya mendongak megah Lelaki kami Asadullah, Saifullah Tokoh ramai tak terkira Kini, Bila disebut lelaki Wanitanya menunduk lemah Tokoh kami sedikit sekali Ramainya boneka Yahudi Dulu, Bila disebut lelaki Wanitanya tenang di hati Lelaki kami menjaga, melindungi Kini, Bila disebut lelaki Wanitanya mahu cabut lari Lelaki khianat , perogol bersiri Dulu, Bila seorang wanita teraniaya Sepasukan kuda putih membela Al-Mu'tasim kebanggaan wanita Kini, Ramai wanita suci dipenjara Diperkosa minta dibela Lelaki tunduk tak bertenaga Dulu, Bila wanita di bawah jagaannya Lelaki memagari sehabis daya Tiada siapapun berani menggoda Kini, Bila wanita di bawah jagaannya Lelaki tak kisah auratnya terbuka Wanitanya dibiar bebas, binasa Dulu, Lelaki menggadai harta dan nyawa Untuk mengangkat kemuliaan agama Kini, Lelaki menggadai ketinggian agama Demi nafsu , dunia dan seisinya Dulu, Lelaki bermatian mencipta sejarah Kental berjihad , tekun berdakwah Kini, Lelaki hanya menyanjungi sejarah Diri bermalasan, tenaga tak dikerah Dulu, Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh Kini, Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya Hingga sanggup membunuh Dulu , Lelaki bersatu menghadapi musuh Angkatannya kuat dan teguh Kini, Lelaki berpuak dan berpecah Sesama sendiri saling bertelingkah Kembalilah lelakiku Pada kelelakianmu Kami rindukan lelaki dulu Acuan Madrasah Rasul "Seeking for mardhotillah" Labels: .: lAtEst diAry :., .:tazkirah:. ![]() |