Purple Webbies !

""


TheOwner!

Navigation : Hover the image



Entries About

Assalamualaikum.Annyeonghaseyo. Welcome to my wonderland. My name is Safwanah Salleh.


come on come on

^_^ Love people who love me ^_^


Show You Off



Aku Dia dan Buku!!







Saat berjalan menuju ke kelas, si gadis terpandang seorang jejaka. Berkopiah, sentiasa senyum mendengar kawannya bercerita. Subhanallah, ada seri di wajahnya, ada cahaya di setiap inci mukanya dan dalam hati si gadis berkata "Ya Allah, sungguh indah ciptaanMu". Dalam diam si gadis terpegun dengan kecantikan ciptaan Allah itu dan menaruh minat kepada si lelaki.

      Apabila sedar diri diperhatikan, si jejaka menoleh ke arah mata yang memandangnya dan melihat seorang gadis begitu ralit memandangnya dan pabila mata mereka bertembung keduanya malu sendiri dan terus tunduk meneruskan langkah. Keduanya merasakan bagai ada terbit satu perasaan di dalam hati masing-masing namun cepat-cepat ditangkis perasaan itu bila terfikirkan tentang zina hati.

     Si gadis terus tersedar dan beristighfar kerana dia begitu lalai dengan kecantikan duniawi itu dan meneruskan langkah ke kelasnya. tetapi jauh di sudut hatinya dia berdoa:
"Ya Allah, jika dia jodohku permudahkanlah urusan kami untuk mencapai redhaMu"

Setelah berakhirnya kelas si gadis itu, dia menerima panggilan telefon dari ibunya mengatakan kawan baik ibunya ingin merisik dirinya. Ibunya sangat berkenan dengan calon tersebut dan sangat berharap agar si gadis tidak menolaknya. Untuk tidak menghampakan ibunya, si gadis mengatakan, "Ummi, adik buat istikharah dulu ye. InsyaAllah kalau petunjukNya positif adik akan terima". Jawab ibunya,"Yelah tapi fikir baik-baik tau. Dia sangat baik, alim, sesuai sangat untuk kamu". Itulah ummi, kalau dah berkenan memang segalanya cantik di matanya. Ummi, anak ummi masih muda nak tempuh alam rumah tangga ni.

Namun, setelah berdoa seikhlas hati dan memohon petunjuk dari Yang Maha Kuasa akhirnya si gadis menerima pinangan tersebut tanpa melihat gambar siapa bakal imamnya itu. Baginya, jika Allah dah bagi petunjuk baik insyaAllah dia akan bagi yang terbaik untuk bakal imamnya itu. tetapi jauh di sudut hati, fikirannya masih terfikirkan tentang si jejaka itu. Ah, kecantikan itu hanya sementara, lupakan dia. Hatinya berkata demikian. Si gadis menerima hakikat itu dengan redha kerana dia yakin Allah sudah aturkan yang terbaik untuknya.

         Malam yang dinanti tiba juga, si gadis melihat wajah ibunya lah yang paling berseri dan si gadis turut gembira kerana restu orang tua baginya amat penting untuk rumah tangganya. Pihak lelaki tiba dan si gadis dibawa ke ruang tamu dan duduk bersimpuh membelakangi bakal imamnya itu yang berhadapan dengan wali. Si gadis sampai saat itu dia belum tahu bagaimana rupa bakal imamnya itu tetapi selalu mendengar perihal lelaki itu daripada mulut umminya. Saat yang dinanti telah tiba, si gadis berteleku memandang ke bawah dan menanti dengan penuh debaran kalimat berharga yang bakal merubah statusnya itu.

        "Aku terima nikahnya Nur Syukriah binti Shazili dengan mas kahwin 80 ringgit tunai"

      
Sah!Sah!Sah!
Hanya dengan sekali lafaz sahaja si gadis dah menjadi hak milik mutlak lelaki itu dan mutiara jernih keluar dari tubir matanya yang cantik saat lafaz sakinah itu dilafazkan. Debaran makin kuat terasa saat si lelaki mendekatinya untuk menyarung cincin. Ini saatnya Syukriah, detik hatinya. Tangan dihulur dan mata diangkat untuk memandang imamnya itu. Saat mata bertentangan, keduanya bagai menajdi patung kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini. Si lelaki dan si gadis, keduanya bagaikan terpaku melihat insan di depan matanya. Rupanya dialah lelaki yang si gadis terpegun itu dan pernah menyimpan minat terhadap lelaki itu.

          "Sudah-sudah la tu tenungkannya, selesaikan dulu nanti boleh tengok lama-lama", ummi bersuara dan keduanya malu sendiri. Si lelaki terkejut dengan teguran itu terus menyarungkan cincin di jari Syukriah dan saat si gadis bersalam dengan suaminya dia berkata, "Terima kasih sebab sudi terima saya dalam hidup awak". Dan saat si lelaki mencium dahi isterinya, "Terima kasih Ya Allah di atas hadiah ini", suara itu seakan berbisik tetapi masih kedengaran di telinga Syukriah. Keduanya bahagia dengan pilihan keluarga dan bersyukur dengan apa yang Allah berikan.

Sesungguhnya Allah telah mengaturkan sebaik mungkin perjalanan hidup kita ini dan siapa jodoh terbaik untuk kita. So, jangan runsing kalau tiada calon lagi. Mungkin Allah sedang menguji 'si dia' dalam usaha mencari kita. Apa yang penting, berubahlah menjadi yang terbaik supaya dapat calon yang terbaik untuk diri kita.






#buat renungan bersama#
* Selamat beramal *


Labels: ,