Purple Webbies !

""


TheOwner!

Navigation : Hover the image



Entries About

Assalamualaikum.Annyeonghaseyo. Welcome to my wonderland. My name is Safwanah Salleh.


come on come on

^_^ Love people who love me ^_^


Show You Off



Aku Dia dan Buku!!








Assalamualaikum semua...
lama rasanya tidak menulis entry2...
nak kata busy tak de lah sangat
tapi mungkin jugak..

Hujung minggu lepas sepatutnya ana ada banyak jadual sebenarnya
nak pergi program KO-Q hari ahad
nak pergi Perbarisan UTM GAMES malam ahad
nak pergi BBQ malam jumaat hari tu
nak kena pergi praktis tiap-tiap malam

Tapi akhirnya semua itu diketepikan semata-mata nak pergi Kelantan dengan my beloved FAMILY
Excitednya terlebih sebab tak pernah jejak kan kaki di bumi Kelantan Darul Naim
So rancang punya rancang perjalanan akhirnya ana beli la tiket balik ke Terengganu Khamis malam
Rabu malam  tu ana pergi la ke latihan perbarisan tu alih-alih adik tu cakap hari jumaat wajib datang

So macam mana?macam mana? Aku pun redha je la walaupun dalam hati ni nak sangat masuk sebab tak pernah masuk perbarisan... -_-

Nasib lah sebab ana dah beli tiket nak balik....so rancang2 agak2 sempat la sampai UTM balik untuk pergi ke program KO-Q tu kan...
Then, ana balik la dan pergi ke Kelantan dengan perasaan gembiranya...

Sabtu malam aku naik bas dari Kelantan tepat pukul 8.00 malam bas bergerak... So dalam pengiraan sempat la nak pergi program tu pukul 8.30 am...
Jalan punya jalan, lepas sampai Labis, ada sorang mak cik mengamuk dalam bas \'0'/
mak cik jerit-jerit suruh pak cik bas berhenti tapi pak cik bas teruskan je perjalanan sebab mak cik tu fikir dah sampai Larkin...
Puas adik sebelah mak cik tu terangkan Larkin jauh lagi... tapi mak cik tu tetiba menjerit-jerit
Dalam hati "What a scary journey i ever met" haha...
tapi dalam hati sempat berdoa semoga Allah lembutkan hati mak cik tu :)
Dan dalam pada mak cik tu marah-marah kat pak cik bas dan sesetengah penumpang, bas terlanggar lubang dan akhirnya doa mak cik tu termakbul..

Apa dah jadi??
Hmm...akhirnya lampu bas tak menyala dan bas tetiba rosak...tersadai selamatnya kat tepi jalan..
Jam dah menunjukkan tepat pukul 5.40 pagi..
Aish...alamatnya lambat la ana nak nak sampai ni

So tunggu punya tunggu akhirnya dalam pukul 7 baru dapat naik bas baru...hew3...
bas tu pun ada penumpang so mmg terhimpit la..mujur ada akak yang baik hati bagi duduk..
walaupun kecik alhamdulillah selesa la..

akhirnya ikut ramalan si leha aku tak sempat sampai UTM untuk ke program tu..
so terpaksa tak pergi la program tu..
dan satu lagi perbarisan tu pun ana tak pergi sebab tak gi training macam mana la orang nak terima kan

So pengajaran di sini, setiap apa yang berlaku memang ada hikmah dari Allah
Dan tak semua yang kita inginkan itu kita akan dapat
Dan kadang-kadang kita tak dapat lakukan apa yang kita ingin lakukan

Bersabarlah wahai hati, terima semuanya dengan hati terbuka ^_^

Bersabarlah..... ^_^